KUCHING, 1 November - Mayat mangsa lelaki yang hilang selepas dilaporkan terjun dari Jambatan Sungai Maung Kampung Gita Lama di Kuching, telah ditemui terapung kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.
Menurut Pusat Gerakan Operasi PGO Bomba Sarawak, mangsa Aliff Fadzree Azlam berusia 34 tahun ditemui pada pukul 3.50 petang tadi.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi ditamatkan pada pukul 4.50 petang.
Semalam, PGO Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.52 pagi mengenai kejadian tersebut.
Dalam insiden sekitar pukul 8.00 pagi semalam, mangsa yang dipercayai naik ke atas jambatan tersebut dan terjatuh. Isteri serta dua orang anak mangsa turut berada di lokasi kejadian tersebut.
Operasi itu melibatkan anggota bomba Petra Jaya, Batu Lintang, PDRM, Unit Dron Polis dan APM.