fb fb fb fb fb

Mayat Nur Arina ditemukan tersangkut pada dahan

Pasukan bomba membawa mayat mangsa keluar dari lokasi kejadian

IPOH, 19 November - Seorang wanita yang dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama keluargannya di Sungai Air Berok, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai Gerik petang semalam, ditemukan lemas.

Mangsa dikenali sebagai Nur Arina Azizan, 20, ditemui tersangkut pada dahan pokok di tepi Sungai Rui, Gerik kira-kira pukul 4 petang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad mangsa dijumpai kira-kira tujuh kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat sebelum dihanyutkan arus deras Sungai Air Beruk.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti dekat Kampung Dusun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar pukul 2.30 petang pada Ahad lalu, Nur Arina dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika beriadah bersama ibu dan adik perempuan serta dua sepupunya di Sungai Air Beruk.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan tiga ahli keluarga lain menyusuri sungai dengan ibunya berusia 48 tahun berpaut pada pelampung sebelum pelampung yang digunakan mangsa terpisah daripada ahli keluarga lain.

Ibu mangsa diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum ketibaan pihak bomba.

GRACE AISYAH KEDAYAN