ALOR SETAR, 19 Disember- Kehilangan seorang lelaki warga emas awal pagi semalam terjawab apabila mayatnya ditemukan terdampar di Sungai Kedah berdekatan sebuah restoran di Ampang Jajar, sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mayat mangsa, 62, itu ditemukan kira-kira pukul 9.00 pagi oleh pasukan polis yang melakukan pemantauan
Mayat dibawa naik ke darat dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar.
"Siasatan awal mendapati mayat lelaki lengkap berpakaian tanpa identiti tersebut dipercayai bersangkut laporan polis di sini.
"Pengecaman dibuat oleh waris mangsa yang turut hadir di lokasi penemuan mayat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).