fb fb fb fb fb

Mayat lelaki ditemukan terapung di parit Lake Shore Senadin

FOTO BOMBA LUTONG, MIRI

MIRI, 17 April- Mayat seorang lelaki tempatan yang ditemukan terapung di dalam parit besar di kawasan Lake Shore Senadin, Miri pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Pegawai Bomba Tinggi II Henry Juga memberitahu mayat lelaki berkenaan dikenali sebagai Lah Wan, berusia 57 tahun.

Pihak bomba menerima panggilan daripada polis pada pukul 10.23 pagi memaklumkan perkara tersebut dan sepasukan anggota bomba diarahakn bergerak ke lokasi kejadian untuk operasi mengangkat mayat berkenaan.

Mayat mangsa diangkat ke tebing sungai dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE