fb fb fb fb fb

Mayat lelaki ditemukan di tali air

Jenazah Syed Mohd Azmi Sikh Ismail, 39, diusung keluar oleh pasukan penyelamat

KUALA TERENGGANU, 16 Januari- Mayat seorang lelaki ditemukan di kawasan tali air di Kampung Tetambah, Manir, Kuala Terengganu, semalam.

Mangsa dikenal pasti sebagai Syed Mohd Azmi Sikh Ismail, 39 tahun.

Mayat mangsa ditemukan oleh sekumpulan penduduk yang sedang mencari kepah di kawasan berkenaan.

Adik mangsa, Syarah Sikh Ismail berkata, abang sulungnya tidak pulang selepas keluar memancing pada Sabtu lepas.

"Biasanya dia (mangsa) keluar malam, subuh (esoknya) dah balik, (tetapi) tidak balik-balik. Tiba-tiba ada orang hantar gambar (mangsa) dalam group (WhatsApp) Manir, itu yang saya bergegas datang sini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superitendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail turut mengesahkan kejadian berkenaan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

1601 TGN MAYAT JUMPA 2

Adik mangsa, Syarah Sikh Ismail

SITI AISHAH BINTI MD ISA