fb fb fb fb fb

Mayat lelaki ditemukan dengan kesan tetakan di leher - Polis

Mangsa dipercayai berusia lingkungan 40-an.

 BALING, 27 Oktober- Mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di leher ditemukan di kawasan semak di Kupang, Baling, Kedah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkaitan penemuan mayat itu di tepi jalan arah Kampung Sirako-Tebing Tinggi kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

"Mangsa dipercayai berusia lingkungan 40-an.

"Tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita di sini.

Susulan penemuan mayat tersebut, polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan lima warga asing di kawasan kebun sayur yang terletak kira-kira 2 kilometer dari tempat kejadian untuk disoal siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM