fb fb fb fb fb

Mayat kanak-kanak hanyut di Seri Kembangan ditemukan

Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan di Lombong D'Island berhampiran jalan Puchong-Cyberjaya

SERDANG, 2 April- Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanyut ketika menjala pada Ahad lalu di Seri Kembangan ditemukan kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

Penguasa Kanan Bomba 1 Zon Petaling Jabatan Bomba dan Penyelamat Wan Syariman Wan Saleh berkata, mangsa ditemukan sejurus selepas menerima laporan daripada orang awam yang menjumpai satu mayat kanak-kanak di Lombong D'Island berhampiran jalan Puchong-Cyberjaya.

"Jadi kalau kita tengok jarak dia puchong perdana hingga ke tasik kalau ikut menelusuri sungai ini jaraknya lebih tujuk kilometer.

"Kita menemukan mangsa terakhir ini pada pukul 9.00 pagi hasil daripada rondaan di sekitar tasik ini. Operasi pencarian ini bermula kira-kira 7.30 pagi," katanya kepada pemberita di sini.

Mangsa berkenaan merupakan anak bongsu dan pengecaman mayat kanak-kanak tersebut disahkan bapa mangsa.

Mangsa yang selamat dalam kejadian itu ialah Ahmad Suriadi (bapa), 40 dan anaknya Mohd Alif, 9, manakala Juliana (ibu), 38, Mohd Diham, 10 dan Riska Amelia, 4 ditemukan meninggal dunia.

Kesemua mangsa dalam kejadian berkenaan telah ditemukan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI