fb fb fb fb fb

Mayat dua pelancong China akan dituntut keluarga

Dua pelancong China maut dihempap pokok tumbang dan konkrit bangunan di Lebuh Gereja, George Town

GEORGE TOWN, 19 September- Mayat dua pelancong China yang maut dihempap pokok tumbang dan konkrit bangunan di Lebuh Gereja, di sini semalam akan dituntut keluarganya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner (ACP) Razlam Ab Hamid berkata, waris mangsa telah pun dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut.

"Hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mati akibat sesak nafas dihempap objek berat.

"Difahamkan, dua beranak itu dijangka pulang ke tanah airnya hari ini," kata Razlam.

Semalam, insiden pokok tumbang dan konkrit banggunan menghempap dua pelancong China itu berlaku di Lebuh Gereja, di sini.

Kedua-dua mangsa kemudiannya disahkan meninggal di lokasi kejadian.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI