fb fb fb fb fb

MAVCOM tetapkan 85 peratus sasaran OTP di KLIA

Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Kementerian Pengangkutan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menetapkan 85 peratus sasaran 'On-time Performance' (OTP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 bagi mengurangkan insiden kelewatan penerbangan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memaklumkan semua syarikat penerbangan di tempatan menunjukkan peningkatan drastik sejak Ogos lalu.

"Mengikut data terkini, Malaysia Airlines (MAS) telah menunjukkan penambahbaikan dengan kadar OTP sebanyak 78.1 peratus pada bulan September berbanding 58.2 peratus pada bulan Ogos.

"Batik Air telah mencapai kadar OTP 73.8 peratus pada bulan September berbanding 82.9 peratus pada bulan Ogos untuk laluan domestik manakala kadar OTP untuk laluan antarabangsa adalah 57.7 peratus pada bulan September berbanding 71.7 peratus pada bulan Ogos," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkenaan statistik terkini mengenai kelewatan dan pembatalan penerbangan yang merangkumi semua syarikat penerbangan domestik di Malaysia termasuk Malaysia Airlines dan AirAsia sejak tahun lalu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI