fb fb fb fb fb

MAVCOM batalkan lesen My Jet

Pada 5 Julai 2023, MAVCOM telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada My Jet.

KUALA LUMPUR, 16 Mei- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) syarikat penerbangan kargo berjadual My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd.

Menurut MAVCOM, keputusan itu berkuat kuasa 2 Mei ini, berikutan pembatalan Perakuan Pengendali Udara oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Pembatalan itu turut melarang My Jet beroperasi melalui udara atau menggunakan mana-mana pesawat bagi membawa mel atau kargo, sama ada bagi laluan domestik atau antarabangsa.

Pada 5 Julai 2023, MAVCOM telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada My Jet.

Ia susulan ketidakpatuhan syarikat penerbangan tersebut terhadap syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada ASL.

ASL My Jet kemudian digantung bagi tempoh enam bulan berkuat kuasa 1 November 2023 sehingga 30 April 2024.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM