fb fb fb fb fb

Masyarakat Siam hargai bantuan SARA

Masyarakat Siam di sekitar Pedu, Padang Terap, Kedah menyifatkan pemberian bantuan penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 amat membantu mereka/ Foto RTM

PADANG TERAP, 9 September - Masyarakat Siam di sekitar Pedu, di sini menyifatkan pemberian bantuan penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 amat membantu mereka.

Bantuan tersebut disalurkan tepat pada masanya bagi membolehkan mereka membeli barangan keperluan harian.

"Baguslah, terima kasih banyak sebab dapat meringankan beban, boleh bantu beli barang, dapat beli beras, beli makanan guna RM100 ini," kata Somphong a/l Ai Lian, penduduk Kampung Tanah Merah, Pedu.

"Bantuan SARA ini meringankan beban untuk orang kampung, sangat bagus sekali program ini, tambah pula sekarang orang kampung merupakan pekebun, penoreh pun kurang pendapatan disebabkan hujan dan baguslah dapat bantuan ini, saya dari masyarakat Siam sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri yang memberikan bantuan SARA ini," jelas Chee Boon Yoo, penduduk Kampung Tanjung.
 
Bantuan penghargaan SARA yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Kebangsaan 2025 memberi manfaat kepada 22 juta rakyat.
 
Ia membabitkan tambahan RM2 bilion, menjadikan peruntukan keseluruhan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA tahun ini mencecah RM15 bilion dan merupakan yang tertinggi dalam sejarah bantuan tunai negara.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN