fb fb fb fb fb

Masyarakat madani, daya saing secara rahmah dan penyayang

IPOH, 29 Januari- Perbincangan mengenai pembangunan, pendidikan dan kesejahteraan masyarakat madani perlu disertai dengan keyakinan, nilai dan akhlak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perkara itu dapat dilihat secara positif bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga rakyat.

Jelas beliau, konsep masyarakat madani bukan berkaitan politik kepartian tetapi landasan untuk mengangkat martabat negara agar mampu berdaya saing secara rahmah dan penyayang.

"Nilai-nilai ini penting bagi kita untuk mengetahui bahawa dimensi yang disebut aspek manusiawi keinsanan itu penting dalam menjamin kerukunan hidup pelbagai kaum dan agama.

"Tetapi tidak berganjak daripada prinsip keyakinan agama kita," katanya.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Beliau berkata berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Perasmian Pusat Khidmat Parlimen Tambun di Meru Raya, di sini hari ini.

Konsep madani mula diketengahkan Perdana Menteri ketika Festival Masjid Istiqlal Jakarta pada tahun 1996.

Media Baharu