fb fb fb fb fb

Masih ramai pengundi muda tidak tahu nama tersenarai dalam daftar pemilih - PM

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Jelajah
Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan, hari ini/ Foto BERNAMA)

LABUAN, 23 Oktober - Jentera dan parti bertanding bertanggungjawab memastikan pengundi muda keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, masih ramai pengundi muda di seluruh negara yang tidak tahu nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih.

"Ramai pengundi muda mungkin tak tahu pun nama mereka telah tersenarai dalam daftar pemilih…sekarang ini, cukup sahaja umur 18 tahun, automatik mereka menjadi pengundi…mungkin sesetengah tidak perasan (tersenarai sebagai pengundi), beberapa kali saya berjumpa pengundi muda terutama pelajar, mereka tak tahu pun nama mereka sudah ada dalam daftar pemilih.

"Tanggungjawabnya bukan tanggungjawab SPR, tanggungjawab itu tanggungjawab parti dan kita sebagai parti kita ada jentera kita dan jentera kitalah yang akan melakukan, pastikan pengundi muda keluar, bukan setakat keluar, tetapi menyokong parti kitalah," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Amanat Jelajah Keluarga Malaysia, di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan Labuan, di sini hari ini.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama Keluarga Malaysia yang hadir
pada Majlis Amanat Jelajah Keluarga Malaysia yang berlangsung di Dewan Konvensyen Ujana
Kewangan Labuan hari ini/ Foto BERNAMA)

Dalam ucapan amanatnya, Ismail Sabri menjelaskan, Labuan tidak ketinggalan dalam perancangan pembangunan menerusi peruntukan RM199 juta disalurkan menerusi Perbadanan Labuan bagi memastikan sektor ekonomi terus stabil.

Sementara itu, berhubung jumlah pengundi berdaftar yang didakwa mengalami peningkatan secara mendadak di Sabah, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan.

"Kita telah pun meminta kepada SPR untuk menyiasat kesahihan pengundi-pengundi yang tiba-tiba meningkat secara mendadak, bukan pengundi muda, kalau pengundi muda kita faham, secara automatik, tetapi ini pengundi yang didaftarkan, dalam hal ini SPR harus membuat siasatan kalau didapati ada keraguan kita serah kepada SPR untuk mengambil tindakan selanjutnya," jelas beliau.

Media Baharu