fb fb fb fb fb

Masalah integriti dan tatatertib JPBPM turun 50%

AYER KEROH, 5 Ogos- Masalah intergriti dan tatatertib yang dicatat dalam kalangan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBPM) susut sehingga 50% sejak empat tahun kebelakangan ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, penurunan itu disumbang oleh komitmen JPBPM bersama Suruhan Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Institut Intergriti Malaysia (IIM) dalam menjalankan program pemerkasaan integriti dan antirasuah.

Katanya, JBPM juga telah menerima pensijilan ISO 37001 ‘Sistem Pengurusan Antirasuah' (ABMS) pada 2021 bagi unit-unit sensitif dan mempunyai risiko integriti yang tinggi.*

Beliau berkata, usaha ini akan dikembangkan di peringkat negeri dan zon sebagai menyahut saranan kerajaan agar nilai murni dalam perkhidmatan kecemasan ini diperkuat.

(Datuk Seri Mohammad Hamdan ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Bicara
Governans, Intergriti dan Antirasuah Siri 1/2022 Peringkat Zon Selatan di Ayer Keroh)

“Kerana ia penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat ini cekap bersih dan juga beramanah jadi kita percaya bahawa program seperti ini kita akan teruskan kita telah bincang tadi dengan pihak IIM untuk memperkembang di zon-zon lain terutama sekali di sebelah utara, dan juga di sebelah tengah dan ini kita akan libatkan lebih banyak agensi yang lain lagi," kata Mohammad Hamdan ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Bicara Governans, Intergriti dan Antirasuah (BiGIAR) Siri 1/2022 Peringkat Zon Selatan di Ayer Keroh yang melibatkan seramai 300 peserta dari 34 agensi.

Dalam pada itu, katanya, mengikut rekod, seramai 226 anggota JBPM dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja dalam tempoh 2019 hingga Jun tahun ini.

Media Baharu