fb fb fb fb fb

Maritim Malaysia teruskan fasa kedua pencarian kotak hitam di Pulau Angsa

Maritim Malaysia teruskan pencarian kotak hitam fasa kedua

PUTRAJAYA, 28 Mac- Seramai 21 Penyelam Penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terlibat dalam fasa kedua pencarian kotak hitam helikopter AW139 yang melakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa pada 5 Mac lalu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin dalam satu kenyataan berkata, pencarian memfokuskan keluasan antara 50 sehingga 100 meter radius berpandukan signal daripada pinger.

"Pihak Maritim Malaysia positif akan menjumpai kotak hitam berkenaa dalam masa terdekat berdasarkan kedudukan terkini kotak tersebut dikesan.

"Selain penyelam penyelamat Maritim Malaysia, misi pencarian ini turut melibatkan kru sonar PHN TLDM, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan pihak penyedia perkhidmatan pesawat Maritim Malaysia iaitu Galaxy (M) Sdn Bhd," katanya dalam kenyataan itu.

Fasa pertama pencarian kotak hitam pesawat berkenaan telah dilaksanakan bermula 6 Mac hingga 24 Mac lalu dengan lokasi tumpuan adalah di sekitar 1 kilometer radius di kawasan helikopter terbabit melakukan pendaratan cemas.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI