fb fb fb fb fb

Maritim Malaysia tahan bot penumpang langgar syarat sah lesen di Bintulu

FOTO Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu

BINTULU, 20 Mei- Sebuah bot penumpang telah di tahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu selepas melanggar syarat sah lesen di perairan Bintulu semalam.

Pengarahnya, Kepten Muhammad Suffian Eldine Abdullah dalam kenyataan media memberitahu, bot berkenaan ditahan di kedudukan kira-kira 2.5 batu nautika Barat Laut Kuala Kemena ketika pasukan operasi melakukan pemeriksaan rutin di kawasan perairan Bintulu kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati, dua kru termasuk nakhoda adalah warga tempatan masing-masing berumur 48 dan 23 tahun.

Kes disiasat mengikut Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan bot dibawa ke pusat tahanan vessel.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE