
KUALA KEDAH, 13 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah melaksanakan operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) melibatkan seorang kru vesel warga Thailand yang mengalami serangan sawan, pada Khamis.
- Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah jalankan operasi MEDEVAC terhadap kru vesel warga Thailand.
- PUSOP Zon Maritim Kuala Kedah melalui MRSC Langkawi terima maklumat kecemasan pada pukul 3.30 petang.
- Bot ronda PERKASA 1226 digerakkan ke lokasi dan memindahkan mangsa yang sedar namun lemah.
- Mangsa dibawa ke Jeti Feri Kuala Kedah lalu ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut.
Kejadian berlaku pada kedudukan 10.5 barat muara Kuala Kedah melibatkan sebuah vesel tempatan.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, Pusat Operasi (PUSOP) Zon Maritim Kuala Kedah melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi menerima maklumat kecemasan pada pukul 3.30 petang daripada seorang pengadu memaklumkan kejadian berkenaan.
Bot ronda PERKASA 1226 kemudian digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan tindakan segera.
Mangsa dilaporkan dalam keadaan sedar dan masih lemah telah dipindahkan ke atas bot ronda PERKASA 1226 ditemani dua kru lain, seterusnya dibawa ke Jeti Feri Kuala Kedah.
Mangsa kemudiannya dibawa menaiki ambulans ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut.