KUALA TERENGGANU, 5 November- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu melaksanakan misi membantu membawa keluar seorang pesakit epilepsi atau kekejangan dari sebuah kapal persiaran yang bersauh di laut pada kedudukan tiga batu nautika dari muara sini, awal pagi tadi.
Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, bantuan melalui operasi pemindahan perubatan (Medevac) itu dilakukan selepas pihaknya dihubungi Maritime Rescue Sub Centre Kuantan.
Bot Perkasa 1234 diaturgerak ke lokasi pertemuan bagi bantuan pemindahan pesakit, Betty Lai Foong, 73, berasal dari Amerika Syarikat.
Pesakit dibawa ke Jeti Maritim Terengganu dan diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.