fb fb fb fb fb

MARDI lancar pakej teknologi lengkap bagi meningkatkan pengeluaran hasil tanaman kubis tanah rendah

KUNDANG, 26 Mac - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melancarkan pakej teknologi lengkap bagi meningkatkan pengeluaran hasil tanaman kubis tanah rendah yang mampu menjimatkan kos.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata kaedah itu secara tidak langsung mampu untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil dan menjimatkan kos buruh.

Tambahnya, teknologi mekanisasi sangat membantu ke arah peningkatan, pengeluaran, pendapatan dan taraf hidup petani serta jaminan bekalan dalam sektor pertanian dan makanan.


(Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

"Dengan penemuan ini tentu sekali ianya akan mengurangkan kebergantungan kepada buruh, menjimatkan kos dan meningkatkan produktiviti hasil tuaian. Ini adalah kajian berterusan dibuat oleh mardi.

"kita harap agar penemuan teknologi yang diperolehi ini akan dapat dikomersialkan untuk kegunaan lebih ramai pengusaha tanaman di negara kita", katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran Pakej Mekanisasi Tanaman Kubis Tanah Rendah di sini, hari ini.

Pakej mekanisasi tanaman kubis tanah rendah itu terdiri daripada mesin semaian biji benih, mesin pemasangan plastik sungkupan, mesin penaman kubis, mesin penyemburan berlengan, dron penyembur racun dan mesin penuaian kubis.

Sementara itu, beliau menjawab soalan media mengenai penyelidik UPM mengemukakan empat syor bagi membantu kerajaan menangani isu bekalan dan harga ayam tempatan dalam jangka panjang, Kementeriannya mengalu-ngalukan sebarang bentuk kerjasama dengan pihak institusi untuk membuat kajian bagi mengurangkan kebergantungan kepada import ternakan.

Tambah beliau, kerajaan juga sedang melakukan perbincangan dengan penglibatan sektor swasta bagi menggubal dasar baharu khusus bertujuan menggalakkan penanaman jagung untuk mempertingkat sumber makanan negara serta bahan mentah untuk penghasilan makanan ayam.

Media Baharu