fb fb fb fb fb

MARA rancang buka satu lagi MRSM untuk anak ATM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ BERNAMA

KLUANG, 19 September- Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang merancang untuk membuka satu lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khusus untuk anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, MRSM tersebut akan menjadi yang kedua dibuka khusus bagi warga ATM, selepas MRSM di Kem Terendak, Melaka.

Perbincangan akan diadakan bersama Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi membuat keputusan sama ada untuk membina bangunan baharu atau melaksanakan pembelajaran di salah satu daripada empat MRSM yang masih belum beroperasi.

Pembinaan bangunan baharu MRSM dijangka mengambil masa 48 bulan.

Selain itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memberitahu, MRSM telah menjalankan pengajian Ulul Albab kepada pelajar-pelajar,  melibatkan hafazan al-Quran, selain tidak mengetepikan bidang akademik pilihan pelajar.

"Ujian yang kita perolehi dimana anak-anak atau pelajar-pelajar yang telah mengikuti kursus Ulul Albab, lazimnya pencapaian akademik mereka lebih tinggi, kerana mungkin barakah hafazan, al-Quran sebanyak 30 juzuk. Jadi minda penangkapan dan daya ingatan mereka itu melebihi daripada yang biasa", katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan Lawatan Kerja ke Kem Mahkota Kluang, Johor.

ROSLINA BINTI DIN