fb fb fb fb fb

MAQIS rampas 1,780 kg daging lembu dari Australia

FOTO HIASAN

SEPANG, 20 Disember - Sebanyak 1,780 kilogram (kg) daging lembu dari Australia bernilai kira-kira RM250,000 dirampas, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo, Jumaat lepas kerana maklumat sijil halal mengelirukan.

Pengarah Mohd Sobri Md Hashim Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor dalam satu kenyataan berkata, daging Chilled Beef Boneless dan Bone In itu dibawa masuk syarikat tempatan yang mempunyai permit import sah daripada MAQIS.

“Pemeriksaan terhadap daging berkenaan mendapati tarikh penyembelihan dinyatakan dalam sijil halal tidak sama dengan tarikh penyembelihan yang tertera pada kotak dan pembungkus daging,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan

TETITIA YUSOFF