fb fb fb fb fb

Mangsa banjir di Perak, terima bantuan kewangan bernilai RM500

Foto BERNAMA

BAGAN SERAI, 11 November- Setiap keluarga terjejas banjir di Perak akan menerima bantuan sekali bayar (one-off) bernilai RM500 secara tunai dan akan disalurkan segera.

Peruntukan tersebut diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat dalam mesyuarat kabinet, melibatkan jumlah keseluruhan iaitu RM77,500 bagi seluruh negeri Perak.

Setiausaha Politik Kanan Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata bantuan tersebut akan diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di semua negeri terlibat banjir.

"Lepas ini kita akan pergi ke Alor Pongsu hingga ke Teluk Intan. Banjir di Perak ini nampak agak terkesan dan lama dan YAB Perdana Menteri telah mengarahkan semua agensi membuat persiapan awal.

Ia terutama daripada segi peruntukan dan beberapa aspek lain," kata Shamsul kepada pemberita ketika meninjau keadaan banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaaan (SK) Changkat Lobak di daerah Kerian mewakili Perdana Menteri.

Tambahnya, Perdana Menteri turut mengarahkan jumlah bantuan kepada mangsa banjir diselaras mengikut tahap kerosakan bagi mengelak sebarang pertikaian.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM