fb fb fb fb fb

Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 165 orang

FOTO APM MUALLIM

IPOH, 4 Ogos- Jumlah penduduk terjejas banjir di Muallim meningkat kepada 165 orang daripada 32 keluarga malam ini, berbanding 15 orang daripada empat keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan kesemua penduduk ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, Tanjong Malim dan PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen setakat pukul 8 malam tadi.

Sebanyak 139 penduduk membabitkan 27 keluarga dari Kampung Ketoyong, Kampung Leonardo, Kampung Berop dan Kampung Kelawar berlindung di PPS SMK Khir Johari.

PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen pula menempatkan 26 orang daripada lima keluarga dari Kampung Sri Behrang dan Kampung Pau.

Sementara itu, paras air sungai di 19 lokasi berisiko di sekitar daerah Kinta, Larut Matang dan Selama, Kerian, Hulu Perak, Kampar, Kerian, Kuala Kangsar, Muallim, Perak Tengah serta Bagan Datuk kekal normal.

“Semua lokasi berisiko itu melibatkan bacaan paras air di Sungai Perak, Sungai Kurau, Sungai Kerian dan Sungai Bernam,” menurut kenyataan itu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE