fb fb fb fb fb

Manfaatkan ledakan AI, Malaysia berada di kedudukan strategik

Foto Facebook Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 30 Mei- Malaysia berada pada kedudukan strategik untuk memanfaatkan ledakan kecerdasan buatan (AI) kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau mahu negara memanfaatkan trend itu sekali gus muncul sebagai hab pusat data utama di ASEAN.

Beliau menerusi satu kenyataan berkata, Malaysia memiliki sumber yang banyak ditambah dengan lokasi geografi yang selamat untuk pelabur yang mencari kepelbagaian.

Selain itu, Malaysia juga mempunyai gabungan dasar yang sesuai, ditambah dengan pelaksanaannya yang kukuh, untuk muncul sebagai peneraju global dalam bidang infrastruktur digital.

Untuk merealisasikan sepenuhnya potensi ekonomi digital, beliau berkata, Kementerian Digital percaya bahawa pelaburan dalam infrastruktur digital dan rangka kerja kawal selia yang padu mesti dipadankan dengan bekalan tenaga kerja celik digital dan sentiasa bersiap siaga.

Dalam pada itu Kementerian Digital juga menyedari keseimbangan yang diperlukan untuk memanfaatkan teknologi baru di samping mengurangkan potensi risiko.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI