fb fb fb fb fb

Manfaatkan kemudahan internet murah, stabil menerusi ekonomi digital

KUALA LUMPUR, 12 Mei- Masyarakat boleh memanfaatkan kemudahan internet murah dan stabil menerusi ekonomi digital bagi meningkatkan pendapatan dan memajukan ekonomi keluarga.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyediakan kemudahan seperti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dalam usaha menoktahkan kemiskinan.

"Dalam kita mengenal pasti 186 pusat ekonomi digital baharu yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini, ia mesti di tempat-tempat yang ditujukan khusus untuk warga yang kita mahu pastikan mereka terlibat dalam ekonomi digital," kata beliau semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Digital di RTM Angkasapuri Kota Media.

Fahmi turut menjelaskan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia tidak terjejas susulan notis penamatan berhubung perolehan perjanjian langganan saham (SSA) yang dikeluarkan Telekom Malaysia Bhd (TM) kepada Digital Nasional Bhd (DNB).

Tambah beliau, setakat 30 April lepas, tahap pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini telah mencapai tahap 61.7%.

Pasukan petugas 5G akan berbincang bersama semua pihak berkaitan bagi memastikan kadar liputan mencapai 80% menjelang penghujung tahun ini.

(Fahmi berkata manfaatkan kemudahan internet murah, stabil menerusi ekonomi digital)

Media Baharu