fb fb fb fb fb

Manfaat perantisiswa kepada semua pelajar

KUANTAN, 16 November- Seramai 160 pelajar tingkata enam di Parlimen Bera menerima peranti siswa bagi membolehkan golongan itu tidak ketinggalan dalam arus teknologi digital. Semua penerima PerantiSiswa diingatkan supaya tidak menjual peralatan elektronik tersebut di pasaran.

Menteri Komunikasi dan Multimedia,Tan Sri Annuar Musa berkata, perantisiswa tidak wajar dijual kerana niat kerajaan untuk memudahkan pelajar golongan B40 meningkatkan mutu pelajaran demi masa hadapan mereka dan setiap program yang dilaksanakan kerajaan adalah untuk manfaat semaksima kepada semua pelajar.


(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa)

"Peranti ini bukan soal orang miskin. Peranti ini soal mentranformasikan negara kita masuk ke alam dunia digitalisasi untuk merapatkan jurang yang kita panggil untuk menjayakan apa kita panggil digitalisasi alam penuaan internet dan menggunakan kualiti internet seperti separuh dari kehidupan kita," katanya ketika merasmikan Program Sesi Pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak, Bera, Pahang.

"Kerajaan menyediakan 40,000 unit peranti siswa kepada pelajar, tablet atau peranti siswa amat penting dalam kehidupan terutamanya yang melibatkan kepentingan pelajar.

"Sebab itulah kita tidak mahu masyarakat luar bandar khususnya kumpulan B40 ini ketinggalan dari arus kemajuan teknologi digital," katanya lagi.

Pelajar yang menerima peranti siswa hari ini, semua rasa suka dan sangat membantu dalam pembelajaran mereka.

"Saya suka sangat, sebab peranti ini boleh tolong saya untuk buat kerja kursus untuk STPM, saya harap nanti untuk tahun-tahun akan datang ada lagi untuk peranti siswa ini kepada adik-adik tahun-tahun yang akan datang," kata Nik Nurathirah Nik Saimi.

"Perasaan saya gembira, kerajaan prihatin membantu saya dan pelajar lain dalam urusan pempelajaran," kata Iqbal Firdaus Abd Aziz.

"Banyak kerja , seperti kerja sekolah, semua jadi senang hendak buat kerja sekolah, pakai telefon bimbit kecil paparannya, tapi dengan peranti siswa ini, paparan dia luas dan mudah," kata Rathi Devi Selvakumar.

Seramai 160 pelajar tingkatan enam dalam kawasan Parlimen Bera menerima peralatan elektronik itu.


Media Baharu