fb fb fb fb fb

Malaysia utama prinsip ekonomi terbuka dan berkecuali, tingkat imej negara

Foto Fail

PUTRAJAYA, 3 Januari- Malaysia berpendirian teguh kepada prinsip dasar luar yang mengutamakan ekonomi terbuka, keamanan dan berkecuali, sambil menolak ketidakadilan, pencerobohan dan pelanggaran kedaulatan.

Komitmen itu ditegaskan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi ucapan beliau semasa Perhimpunan Bulanan bersama warga Wisma Putra.

Justeru, beliau menyeru kakitangan kementerian untuk terus bersandarkan nilai-nilai tersebut dan mewakili negara dengan maruah serta integriti tinggi.

Ini sekali gus bagi mengangkat imej dan reputasi Malaysia di persada dunia.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa kakitangan Wisma Putra agar sentiasa proaktif dan peka terhadap perubahan global termasuk kemajuan teknologi.

Ini bagi memastikan Malaysia kekal relevan dalam menghadapi cabaran era moden dan memenuhi piawaian masyarakat.

Menyentuh tanggungjawab Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, Datuk Seri Mohamad Hasan menekankan, kejayaan tugas tersebut memerlukan ketekunan dan iltizam tinggi dari semua pihak.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM