
KUALA LUMPUR, 31 Mac – Kerajaan Malaysia menyatakan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Indonesia susulan seorang anggota pengaman dan mencederakan tiga yang lain di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).
- Serangan terhadap misi pengaman UNIFIL dianggap pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701.
- Malaysia menyeru semua pihak mematuhi kewajipan undang-undang antarabangsa dan melaksanakan resolusi bagi menjamin keselamatan pengaman, orang awam dan infrastruktur.
- Pihak bertanggungjawab perlu dikenakan tindakan sewajarnya; anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang bertugas di UNIFIL dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Wisma Putra dalam kenyataan menegaskan, sebarang serangan terhadap misi pengaman UNIFIL merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu 1701 (2006).
“Malaysia menyeru semua pihak agar mematuhi sepenuhnya kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk pelaksanaan resolusi berkaitan, bagi menjamin keselamatan pasukan pengaman serta melindungi orang awam dan infrastruktur awam tanpa kompromi.
“Pihak yang bertanggungjawab perlu dikenakan tindakan sewajarnya,” menurut kenyataan itu
Dalam kenyataan sama turut memaklumkan bahawa anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang sedang berkhidmat di bawah panji UNIFIL dilaporkan berada dalam keadaan selamat.