fb fb fb fb fb

Malaysia, Timor-Leste teroka kerjasama dalam sektor pelancongan

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 4 Disember- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Francisco Kalbuadi Lay di pejabatnya di Putrajaya.

Kalbuadi Lay yang juga Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Timor-Leste diiringi Duta Besar Timor-Leste ke Malaysia, Joana Veneranda Amaral dan delegasi negara tersebut.

Menerusi pertemuan itu, kedua-duanya pemimpin berhasrat mewujudkan kerjasama dan memeterai memorandum persefahaman (MoU) khususnya dalam bidang pelancongan dan kebudayaan.

MoU itu dijangka dapat memperkukuh sektor pelancongan kedua-dua negara, sekali gus menggalakkan pembangunan mampan.

Aspek kebudayaan turut menjadi topik perbincangan di mana kedua-duanya berhasrat bekerjasama dalam aspek silang budaya.

Selain itu, kemungkinan mewujudkan penerbangan secara terus ke destinasi pelancongan utama di Malaysia dan Timor-Leste turut dinantikan oleh kedua-dua pemimpin.

Ia berikutan persamaan budaya yang dimiliki rakyat Malaysia dan Timor-Leste.

Artikel Berkaitan:
Fadillah adakan pertemuan dengan TPM Timor-Leste
TPM Timor-Leste tiba di Malaysia untuk lawatan kerja

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM