KUCHING, 10 Mac- Malaysia tidak akan tunduk dengan sebarang tuntutan pihak Sulu dalam mendapatkan semula Sabah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata walaupun telah terbukti Malaysia menang di Mahkamah Antarabangsa sebelum ini, namun Malaysia akan terus membela diri jika terus dicabar Sulu.
"sebabnya meraka akan pergi ke merata dunia mencari apa sahaja peluang, saya rasa mungkin ada pembiaya di belakang mereka, walau apapun kita bersiap sedialah", katanya.
Datuk Seri Fadillah diminta mengulas cubaan terbaru pihak Sulu untuk menuntut bayaran sebanyak AS$ 15 bilion terhadap Malaysia di Mahkamah Tribunal di Amerika Syarikat.
Beliau sebelum itu hadir pada Program Subuh macam Jumaat dan Larian di Masjid Al-Quddus, Kuching pagi tadi.
Lebih 300 orang hadir pada program tersebut.