fb fb fb fb fb

Malaysia terus komited edar sejuta al-Quran ke seluruh dunia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah)/Foto RTM

LIMA, 17 Ogos-Malaysia meneruskan komitmen menyumbang sejuta al-Quran ke seluruh dunia.

Terbaharu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mewakafkan kitab suci itu untuk kegunaan komuniti Islam di Peru.

Sumbangan disampaikan selepas solat Jumaat di Masjid Magdalena del Mar, Lima.

Al-Quran dengan terjemahan bahasa Sepanyol dan Latin, diharap dapat mudahkan pemahaman serta pengajaran Al-Quran.

Ini sekali gus bakal menyokong usaha dakwah di republik berkenaan dan Amerika Selatan.

Pihak pengurusan Masjid Magdalena del Mar turut berhasrat bekerjasama dengan Malaysia berhubung penubuhan sekolah antarabangsa dan pensijilan halal.

Datuk Seri Fadillah berada di Peru sempena lawatan kerja dua hari mulai semalam bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC 2024.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD