fb fb fb fb fb

Malaysia terus kecam kekejaman zionis Israel terhadap Palestin

(GAMBAR FAIL)

SEPANG, 20 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia bangkit mengecam kekejaman Zionis bagi mengembalikan hak dan maruah rakyat Palestin.

Tegas Perdana Menteri, sokongan Malaysia bukan sekadar berlandaskan agama, sebaliknya membantu mengembalikan hak dan maruah rakyatnya.

(Sidang Kemuncak Ulama 2022 selama tiga hari bermula hari ini anjuran
Yayasan MyAQSA dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.)

"Malaysia satu-satunya negara yang membangkitkan isu ini secara jelas. Kekejaman terhadap rakyat Palestin perlu dihentikan.

"Malah Malaysia sangat memandang serius mengenai pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin," katanya pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Ulama 2022, di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sidang kemuncak yang julung kali diadakan itu menghimpunkan 150 ulama dan cendekiawan dari seluruh dunia bagi membincangkan isu berkaitan tema persidangan iaitu 'Perpaduan Asas Pembebasan Al-Aqsa'.

Tambah Ismail, Malaysia memandang serius isu kekejaman terhadap umat Islam di Palestin dengan terus menyokong dan memainkan peranan atas segala usaha ke arah kesejahteraan umat Islam.

Media Baharu