fb fb fb fb fb

Malaysia terima dua set tren ETS baharu dari China bulan hadapan

Menteri Pengangkutan Anthony Loke

SEREMBAN, 17 Mac - Malaysia akan menerima dua buah set Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) baharu dari China pada bulan hadapan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, perkhidmatan ETS tersebut merangkumi laluan sedia ada dari Butterworth-Gemas-Butterworth serta Padang Besar-Gemas-Padang Besar dan ke diperluas ke Johor Baharu dan Segamat.

"ETS baharu akan beroperasi lebih kurang pada penghujung tahun ini apa yang telah kita telah buat sekarang ini kita lanjutkan perkhidmatan ETS sedia ada, Stesen Segamat. Tetapi stesen Johor Baharu belum siap lagi, jadi perkhidmatan ETS belum boleh bermula di Johor Baharu.

"Ia masih sampai Segamat sahaja, jadi Segamat menggunakan tren sedia. Semua tren baru itu sedang disiapkan malah dua tren pertama akan tiba dari China bulan depan," kata Loke.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Perbadanan Aset Keretapi Kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di Dewan Coral Height, Sikamat.

Setakat ini, sebanyak 10 tren ETS sedia ada sedang menjalani penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) tahap emapat yang dijangka selesai sepenuhnya pada suku keempat 2025.

Dalam majlis tersebut, Perbadanan Keretapi (RAC) telah menyampaikan sebanyak RM300 ,000 zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2024 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

Selain itu, Pejabat Parlimen Seremban turut menyampaikan sumbangan Ramadan sebanyak RM210,000 kepada masjid dan surau serta sumbangan kepada asnaf.

TETITIA YUSOFF