fb fb fb fb fb

Malaysia teliti laporan WCR, usaha baiki prestasi

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Sebahagian besar isu dalam laporan Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2024 telah diselesaikan pada suku pertama tahun ini.

Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara isu yang dibangkitkan ialah berhubung pelaksanaan penyasaran subsidi dan perkara itu telah ditangani kerajaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan kerajaan akan meneliti semua isu dalam laporan itu secara terbuka selain terus memperbaiki prestasi negara.

"Dua isu yang paling berat yang ditegur soal ringgit dan penyasaran subsidi. Tetapi, kita jemaah menteri melihat secara terbuka, apa kekuatan dan apa kelemahan.

"...dan syukur alhamdullilah kerana beberapa teguran itu semua kita ambil dan insya-Allah akan bekerja lebih pantas dan cekap untuk memperbaiki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konsortium Impak Positif di ibu negara.

Malaysia berada di kedudukan ke-34 daripada 67 negara dalam WCR 2024 dan ke-4 dalam kalangan negara ASEAN.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI