KUALA LUMPUR, 21 November- "Bukan soal agama, tapi ini soal kemanusiaan".
Itu tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung jenayah penghapusan kaum yang dilakukan Israel terhadap Palestin di Gaza kini.
Penegasan itu dibuat bagi membidas suara sumbang yang mempersoalkan tindakan beliau menyuarakan isu itu di pentas dunia.
"Ini bukan sahaja isu agama Islam kerana penduduk kristian juga terlibat, walaupun masjid dirobohkan tujuh gereja dimusnahkan, jadi saya tegaskan leperluan untuk membawa isu ini daripada segi Islam tapi juga isu kemanusiaan yang harus difahami dan harus mencuit perasaan kita mendorong tindakan berkesan diambil,"katanya.
Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim lantang menyuarakan pendirian negara berhubung penindasan terhadap penduduk Palestin di Gaza menerusi Majlis Dialog Tidak Rasmi dan Makan Tengah Hari Pemimpin Ekonomi APEC yang turut disertai Presiden Amerika Syarikat Joe Biden serta seluruh pemimpin ekonomi anggota.
Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi jaminan, tindakan beliau menyuarakan pendirian negara berhubung isu di Gaza tidak jejaskan hubungan dagang sedia ada mahupun baharu.
Ini dibuktikan menerusi sejumlah 63.02 bilion ringgit komitmen pelaburan langsung asing dari Amerika Syarikat yang berjaya diperoleh menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta beberapa sesi mesyuarat serampang mata bersama pelabur di negara itu.
Jelasnya, keputusan untuk memeterai kerjasama antara dua negara adalah dibuat berdasarkan kestabilan dan kecekapan mengurus pelaburan, 'ease of business' sesebuah negara.
"Saya gunakan peluang itu menjelas bila ada ruang adakan pertemua selain pertemuan dua hala kita menemui bebearpa syarikat, Google, Microsoft, TikTok, TPG dan telah disinggung mentieri Menteri MITI dan komitmen pelaburan keseluruhan RM63.02 bilion.
"Ini penting kerana ada yang melahirkn kebimbangan bahawa sikap tegas kita berdepan AS dan Eropah itu akan jejaskan ekonomi tetapi setakat ini saya jamin bahawa menemui beberapa pelabur utama AS nampaknya keutamaan masih diberikan berdasarkan kestabilan politk, dasar ekomoni yang jelas dan kaedah mempercepat proses kelulusan sekarang yang dikendalikan oleh MIDA,"katanya.
Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan.
Beberapa sesi perbincangan yang diadakan secara serampang mata antara Datuk Seri Anwar bersama gergasi teknologi seperti Google, Microsoft, Enovix dan TikTok yang dijangka akan membawa FDI sehingga RM54.72 bilion dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.