fb fb fb fb fb

Malaysia sokong usaha Turkiye perjuang nasib Palestin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 24 Julai - Malaysia menyokong penuh usaha murni Turkiye dalam memperjuang nasib rakyat Palestin yang tertindas serta membawa suara mereka ke peringkat antarabangsa

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, petang tadi.

Menurut kenyataan rasmi di laman Facebook, perbualan antara kedua-dua pemimpin turut membincangkan beberapa isu berkepentingan bersama serta bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa melibatkan kedua-dua negara.

Datuk Seri Anwar turut merakamkan penghargaan atas pendirian konsisten dan tegas Presiden Erdogan dalam memperjuangkan penyelesaian adil dan berkekalan untuk rakyat Palestin, termasuk gesaan kepada genjatan senjata segera di Gaza.

Tambah beliau, Malaysia dan Turkiye berkongsi aspirasi sama dalam memperjuangkan keamanan sejagat serta memperkukuh solidariti melalui tindakan diplomasi, bantuan kemanusiaan, dan usaha penyelesaian konflik secara aman.

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI