fb fb fb fb fb

Malaysia sertai APEC 2023 di Amerika Syarikat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA, 7 November - Malaysia buat keputusan untuk hadir pada Persidangan Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Asia Pasifik (APEC) 2023 di San Francisco, California Amerika Syarikat pada 11 hingga 17 November ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan dibuat bagi menjaga hubungan diplomatik, keamanan dan ekonomi. 

Menurut Anwar, beliau menegaskan tidak akan berganjak mempertahankan keadilan dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.

“ Saya memutuskan hadir ke Persidangan APEC yang dihadiri oleh semua negara-negara Asia atas undangan Presiden Biden ke San Fransico.

"Keputusan ini mungkin tidak menyenangkan sebahagian pihak. Tetapi jangan hukum saya sebagai pro-Israel kerana hadir persidangan tersebut. Saya sebagai Perdana Menteri kena menjaga kepentingan negara ini", katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Perdana Menteri di sini.

Tambahnya semua negara terlibat telah menyatakan pendirian untuk hadir pada persidangan tersebut.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD