fb fb fb fb fb

Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian - Mohamad Sabu

Foto Facebook Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 18 Julai-Malaysia bersedia untuk menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Filipina bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang teknikal dan perdagangan pertanian, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau berkata perkara tersebut dibincangkan dalam pertemuannya bersama Duta Besar Filipina ke Malaysia Maria Angela Abrera Ponce, di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini.

“Saya dimaklumkan bahawa beliau (Maria Angela) dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Filipina untuk memperkukuh kerjasama pertanian dengan Malaysia, kerana negara kita merupakan rakan dagang terbesar bagi sektor pertanian Filipina di ASEAN,” katanya.

Pertemuan itu, kali pertama sejak Maria Angela mula berkhidmat di Malaysia pada hujung November 2023.

“Saya dimaklumkan bahawa beliau (Maria Angela) dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Filipina untuk memperkukuh kerjasama pertanian dengan Malaysia, kerana negara kita merupakan rakan dagang terbesar bagi sektor pertanian Filipina di ASEAN,” ujar Mohamad.

Mohamad berkata beliau juga menjemput Filipina untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024, dari 11 hingga 22 September.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD