fb fb fb fb fb

Malaysia sedia jadi hab utama pelabur UAE

(Datuk Seri Anwar bersama Presiden, merangkap Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh
Mohamed bin Zayed Al Nahyan dalam satu  pertemuan, semalam)

ABU DHABI, 6 Oktober- Malaysia bersedia menjadi hab utama bagi pelabur-pelabur dari negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi bertemu kapten industri di Abu Dhabi semalam.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan Perdana Menteri dengan Presiden, merangkap Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
 
Lawatan kerja beliau diteruskan dengan pertemuan meja bulat bersama 40 wakil-wakil daripada 21 syarikat-syarikat besar di UAE.
 
Antara syarikat yang terlibat adalah ADNOC, TAQA, MASDAR, Al-Dahra dan LULU termasuk wakil-wakil dari dana nasional seperti ADIA dan MUBA-DALA.
 
Menurut Perdana Menteri, Malaysia mempunyai kemudahan yang sesuai, disokong polisi yang mengukuhkan asas industri dan perniagaan serta terbukti telah berjaya menarik pelaburan.
 
"Kami telah cuba untuk mengubah dari segi hala tuju polisi, iaitu pastinya kestabilan politik, dan kami juga telah memulakan dengan beberapa polisi utama, penyerahan peralihan tenaga, yang akan menjadikan Malaysia, salah satu negara paling awal dalam rantau ini, sebagai contoh menjelaskan polisi tenaga boleh diperbaharui, dan kami telah memulakannya sebagai hab utama," katanya.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Tambah Anwar, hubungan akrab Kuala Lumpur – Abu Dhabi yang sedia terjalin akan tambah memudahkan urusan kedua belah pihak terutama perkongsian strategik dalam pelbagai sektor.
 
"Saya amat terkesan dengan sentimen dan komitmen diberi Presiden UAE berhubung kerjasama bersama. Bukan satu atau dua bidang, tetapi bidang lain yang berpotensi kita bekerjasama," tambah Anwar.

Ujarnya, ia bukti Malaysia mampu menjadi sekutu dagang UAE yang penting dengan potensi besar untuk berkembang di peringkat global dengan ganjaran jangka masa panjang serta saling menguntungkan.

Media Baharu