fb fb fb fb fb

Malaysia sedia hantar lebih banyak sarung tangan getah ke Gaza

Fadillah Yusof

SEPANG, 11 November- Malaysia bersedia untuk menghantar lebih banyak sarung tangan getah untuk kegunaan pasukan perubatan di Gaza.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sarung tangan getah adalah antara keperluan mendesak di wilayah itu ketika ini.

“Kita sebenarnya sudah mengumpul 100,000 sarung tangan dan kita masih menanti pengesahan, berapakah jumlah sebenarnya yang diperlukan.

“Sekarang ini, yang diserahkan kepada KLN (Kementerian Luar Negeri) adalah sumbangan daripada Majlis Getah Malaysia, sebanyak 100,000 sarung tangan.

“Kita dah berhubung dengan syarikat pengeluar. Kalau diperlukan, mereka akan bersedia untuk memberikan sumbangan,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan penghantaran bantuan kemanusiaan kedua Ops Ihsan di Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur di sini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Haji Alamin, Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali serta Duta Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr turut hadir pada pelepasan bantuan seberat 20 tan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Penghantaran kedua bantuan kemanusiaan untuk Gaza selamat berlepas

 

 

SITI AISHAH BINTI MD ISA