fb fb fb fb fb

Malaysia perlu teroka sinergi antara industri kelapa sawit bersama pekebun kecil

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) melawat reruai selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2023 (PIPOC 2023) di KLCC / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 November- Malaysia perlu meneroka sinergi antara industri kelapa sawit yang lebih maju dan berjaya bersama pekebun kecil negara.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah itu yang telah dimulakan sebahagian syarikat gergasi kelapa sawit, bukan sahaja membantu kemajuan ekonomi negara malah membantu kelompok pekebun kecil.

"Saya ingin mengulangi, menerusi pemberian awal sebanyak RM100 juta (bawah Insentif Program Tanam Semula Sawit dalam Belanjawan 2024) dan kini dengan sokongan pemain utama industri, saya pasti ada kemungkinan peningkatan, dengan syarat syarikat ini menyokong dan mewujudkan sinergi dengan pekebun kecil,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Kongres dan Pameran Minyak Sawit terbesar Dunia (PIPOC 2023), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC.

Pada majlis berkenaan, beliau turut melancarkan Sistem Pengurusan Pintar Sawit (SIMS) .

SIMS direka untuk memudahkan pengurusan data transaksi di sepanjang rantaian bekalan minyak sawit.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE