fb fb fb fb fb

Malaysia perlu jadi contoh dalam soal kebersihan ketika Masyair - Dr. Na'im

Foto BERNAMA

MEKAH, 13 Jun- Malaysia harus menjadi contoh kepada negara lain berkaitan aspek kebersihan ketika di Masyair nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jemaah haji negara sememangnya dikenali dan diikiraf kerajaan Arab Saudi sebagai berdisiplin dan berilmu dalam segenap aspek.

Perkara itu termasuk hal berkaitan kebersihan menerusi pengenalan ‘Program Kebersihan Masyair’ yang telah bermula sejak 2018.

"Kawasan Masyair Arafah, Muzdalifah dan juga Mina yang ditinggalkan oleh jemaah haji Malaysia ini berada dalam keadaan yang bersih."

"Kerajaan Arab Saudi boleh menerangkan serta boleh menasihati jemaah jemaah haji dari negara lain untuk lihat keadaan Masyair kawasan yang ditinggal dan didiami oleh rakyat jemaah haji dari Malaysia," kata Dr. Na'im kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Kebersihan Masyair di Hotel Land Premium Mekah, pada Rabu.

Dalam pada itu, Datuk Dr Mohd Na’im menegaskan menjaga kebersihan merupakan sebahagian daripada ibadah yang amat dituntut selain ia mencerminkan kemabruran haji.

Beliau berharap jemaah haji Malaysia terus mengamalkan sikap bekerjasama antara satu sama lain dalam memastikan kawasan Masyair teratur dan bersih.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM