fb fb fb fb fb

Malaysia perlu bertindak pantas berdepan persaingan sengit

Foto BERNAMA

KLANG, 27 September- Malaysia perlu bertindak pantas mendepani persaingan sengit di peringkat serantau untuk mengelak ketinggalan dalam menarik pelaburan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan keupayaan melaksanakan dasar kerajaan dalam memacu pelaburan dan perdagangan.

Ini memandangkan pelabur amat menitikberatkan keupayaan negara melaksanakan dasar, meliputi perindustrian dan digital serta aspek ketelusan dalam pelaksanaan dasar mesra pelabur.

"Kita berdepan dengan rantau yang dinamik, persaingan itu sangat hebat, maka jika kita lambat bergerak, kita anggap kejayaan kecil itu cukup membanggakan, kita akan ketinggalan." katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Westports 2 di sini.

Keupayaan Westport sebagai hab maritim dan logistik global diperakui dunia.

Kedudukannya akan terus mengukuh melalui pembukaan terminal kontena baharu di Westports 2 kelak.

Pembangunan Westport 2 membabitkan pembesaran Terminal Kontena Westports 2 daripada CT10 kepada CT17.

Trainee