fb fb fb fb fb

Malaysia perkukuh kerjasama halal dengan Afrika Selatan

Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan, Tuan Yang Terutama Dave Malcomson

KUALA LUMPUR, 8 November- Malaysia dan Afrika Selatan komited untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor terutamanya industri halal.

Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan, Tuan Yang Terutama Dave Malcomson berkata ia merupakan peluang terbesar untuk mengetengahkan produk halal dan menjadikan Afrika salah sebuah negara yang mengeluarkan produk halal secara meluas.

"Afrika Selatan memiliki populasi muslim yang kecil. Kami ada 60 peratus produk runcit halal yang diperakui. Lima daripada tujuh produk halal global, tiga daripada pihak berkuasa halal yang diakui oleh JAKIM. Peluang dalam industri halal adalah besar bukan hanya melibatkan perdagangan dua hala.

Kita juga mempunyai 1.2 bilion orang di Afrika di mana kita bersatu sekarang di bawah kawasan perdagangan bebas benua Afrika. Kami ada 500 juta orang muslim dan saya percaya dengan kerjasama Malaysia menggunakan Afrika Selatan sebagai hab halal. Ia turut disokong dengan kemudahan infrastruktur, peruncitan, perbankan, peluang besar dalam Malaysia sekali gus bekerjasama menerajui produk halal di Afrika," kata Dave Malcomson kepada pemberita dalam temu bual Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) bersempena tiga dekad kerjasama Malaysia-Afrika Selatan.

Hubungan Malaysia-Afrika Selatan telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan pada tahun 2010, Malaysia menjadi pelabur keempat terbesar baru di Afrika Selatan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM