fb fb fb fb fb

Malaysia nyatakan komitmen penuh majukan mandat global ITU

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil/ Foto FB Fahmi Fadzil

BAKU (Azerbaijan), 18 November - Malaysia menyatakan komitmen penuh untuk terus memajukan mandat global Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ketika negara menyasarkan untuk menduduki semula kerusinya dalam Majlis ITU bagi penggal 2027-2030.

Ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Segmen Peringkat Tinggi Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025 (WTDC-25), Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Malaysia akan terus mempromosi akses ketersambungan sejagat dan mampu milik melalui kerjasama strategik.

Beliau berkata Malaysia akan memfokus kepada usaha memperkukuh kepercayaan digital dan ketahanan keselamatan siber, memajukan pembangunan keupayaan dan kemahiran digital untuk semua serta memperkukuh kerjasama serantau dan pelbagai pihak berkepentingan demi mewujudkan ekonomi digital yang inklusif.

"Visi kami tetap jelas iaitu membina masa depan digital dimana semua orang boleh kekal Berhubung, Inklusif serta Selamat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. 

"Justeru itu, Malaysia dengan rendah hati memohon sokongan semua negara anggota untuk mencalonkan kami ke Majlis ITU bagi penggal 2027-2030," katanya.

ROSLINA BINTI DIN