LIMA, 16 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon sebelum sesi hari terakhir Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024.
Pada perjumpaan itu, kedua-dua pemimpin mencapai kata sepakat untuk melonjakkan lagi hubungan Malaysia-New Zealand melalui kerjasama dalam pelbagai bidang.
Fokus utama adalah peningkatan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2030.
Turut dibincangkan adalah kerjasama dalam pendidikan teknologi maklumat (IT), kejuruteraan, pertanian, dan industri halal.