fb fb fb fb fb

Malaysia negara pertama lengkapkan kontrak dalam E-Haj

Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman (tengah) ketika Majlis Ta’aruf atau ramah mesra antara barisan kepimpinan Syarikat Mashariq/Foto BERNAMA

MEKAH, 15 Mei- Malaysia menjadi negara pertama melengkapkan semua kontrak dalam sistem E-Haj kata ketua Rombongan Haji 1445H Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman.

Ia sekali gus membolehkan Lembaga Tabung Haji (TH) diberi peluang memilih tapak perkhemahan di Masyair. 

Malaysia juga menjadi negara pertama menerima kelulusan visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

"TH berazam untuk meneruskan komitmen menjadi contoh kepada negara-negara islam yang lain. Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama tanpa komitmen dan panduan daripada pihak Mashariq," katanya ketika berucap dalam Majlis Taaruf barisan kepimpinan Syarikat Mashariq dan rombongan Malaysia malam tadi di sini.

Syarikat Mashariq merupakan syarikat yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan perkhidmatan asas untuk jemaah haji Malaysia khususnya kemudahan di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Ia merangkumi perkhidmatan dan kemudahan di Masyair seperti khemah penginapan, makan minum dan pengangkutan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI