fb fb fb fb fb

Malaysia minta penjelasan Bangladesh berhubung permintaan ekstradisi dua ahli perniagaan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

NIBONG TEBAL, 10 November - Kerajaan Malaysia mahu Bangladesh memberi penjelasan terperinci berhubung tujuan meminta ekstradisi dua ahli perniagaan berasal dari negara itu iaitu pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana negara itu tidak menyatakan objektif ekstradisi berkenaan menerusi makluman rasmi yang diterima Bukit Aman.

Justeru, kerajaan memerlukan penjelasan sebelum kebenaran terhadap permohonan terbabit diberikan.

"Kalau tujuan menjalankan siasatan kaedahnya adalah Dhaka perlu menggunakan saluran 'mutual legal asistant' dan jika sekiranya Dhaka bertujuan untuk nama-nama itu dituduh di Mahkamah, jadi Dhaka perlu menyeru tujuan ekstradisi.

"Sebab tujuan untuk caj mesti diekstradisi, kalau tujuan untuk siasat dia cuma perlu muncul daripada sistem, saya percaya Ketua Polis Negara akan uruskan dengan pihak Dhaka apakah maksud tujuan, apakah tujuan siasatan atau  tujuan-tujuan lain," kata Saifuddin.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Projek Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Jawi Pulau Pinang, di sini.

Sebelum ini media melaporkan Bangladesh membuat permohonan untuk mengekstradisi dua ahli perniagaan terbabit yang didakwa memainkan peranan penting dalam kes pemerasan.

Interpol Bangladeh pada 24 Oktober lalu memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia, dua lelaki itu mendedahkan mangsa mereka kepada penyiksaan fizikal dan mental, namun kedua-duanya menafikan tuduhan itu.

Sementara itu, Saifuddin berkata, tiada laporan diterima berkait tiga warga malaysia yang mendakwa mereka wakil kerajaan berhubung siasatan penggunahan wang haram, pemerasan dan pemerdagangan pekerja asing melibatkan pekerja Bangladesh.

TETITIA YUSOFF