Malaysia menanti kerjasama lebih erat dengan pimpinan baharu Bangladesh

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Februari– Malaysia menantikan kerjasama erat dengan kepimpinan baharu Bangladesh dalam memperkukuh serta mengangkat hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia menantikan kerjasama lebih erat dengan kepimpinan baharu Bangladesh untuk memperkukuh hubungan dua hala.
  • Anwar mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Tarique Rahman atas mandat besar dan menghormati kematangan demokrasi Bangladesh.
  • Anwar menjemput Perdana Menteri Tarique melakukan lawatan rasmi ke Malaysia bagi mempereratkan persahabatan dan manfaat bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat tersebut menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Beliau berkata perkara itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Bangladesh yang baharu, Tarique Rahman bagi menyampaikan ucapan tahniah atas mandat besar yang diperoleh beliau dalam Pilihan Raya Parlimen ke-13 baru-baru ini.

“Saya turut menzahirkan penghormatan kepada rakyat Bangladesh atas kematangan mereka mempertahankan proses demokrasi yang berlangsung secara aman dan teratur.”

“Saya juga mengambil kesempatan menjemput Perdana Menteri Tarique untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada masa yang sesuai,” katanya.

Datuk Seri Anwar turut berharap hubungan persahabatan Malaysia dan Bangladesh terus diperkukuh demi manfaat bersama kedua-dua negara.