fb fb fb fb fb

'Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka' tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2024

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 5 Jun - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 (HKHM 2024).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk berkata, logo sama dikekalkan seperti tahun sebelumnya dengan tema baharu iaitu 'Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka'.

"Logo dan tema sambutan memainkan peranan yang penting dalam menyuburkan semangat kebersamaan dalam menyambut HKHM. Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya mengumumkan pada tahun ini Jemaah Menteri telah bersetuju mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya. Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka pula telah dipilih sebagai tema sambutan HKHM 2024," kata Fahmi.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 akan diadakan pada 13 Julai ini, Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya.

Manakala sambutan Hari Malaysia 2024 ialah pada 16 September akan diadakan di Sabah. 

Tambahnya, pelbagai program turut diadakan sepanjang Bulan Kebangsaan, antaranya Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024, Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Program Langkah Jiwa Merdeka bersama Membangun Malaysia MADANI. 

Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Mengenai logo HKHM 2024, beliau berkata Jemaah Menteri telah bersetuju mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya.

TETITIA YUSOFF